Sunday, March 8, 2009

Wahabiyyah Dan Sanusiyah.


Di dalam abad yang kedelapan belas Masihi lahirlah harakah Wahabiyyah di bawah pimpinan .Muhammad'Abdul Wahab'. Harakah Islam ini memerangi bid’ah khurafat dan karut marut dan menyeru umat Islam kembali semula kepada teras dan intisari Islam.

Malangnya sikap melampau yang sangat keras telah meresapi dakwah ini dan menghalanginya untuk berkembang terus dan merintangi penyebarannya.. Golongan taghut telah bangun menentang dengan sekeras- kerasnya. Gabenor Mesir pada waktu itu, ’Muhammad Ali Basya' telah menghantar satu angkatan tentera untuk memeranginya dan memenuhi bumi Hijaz derrgan darah.

Berhampiran dengan zaman itu, muncul lagi satu harakah Islam yang lain di Libya. Itulah harakah Sanusiyah yang dipimpin oleh as Sayyid Muhammad bin Aii sanusi. Harakah Sanusiyah telah membuat berbagai usaha yang besar dan telah berjasa di dalam dakwah Islam. Harakah Sanusiyah telah meninggalkan kesan yang baik di utara Afrika terutamanya di Maghribi, Sudan dan di padang pasir yang besar.

Di permulaan abad yang kelapan belas masehi, Sayyid Jamaluddin al Afghani telah bangun menanam benih yang kedua di dalam mewujudkan harakah islam yang baharu.

Jamaluddin pada waktu itu telah menyimpulkan dalam tiga perkara :
Perbaikan umum yang merangkumi hidup agama, sosial, ekonomi dan politik dan kembali kepada Islam di zaman pertamanya.

1. Perbaikan politik supaya politik ditegakkan di atas as syura’ islam yang dijelmakan di dalam pemerintahan yang mewakili rakyat.

2. Menyeru segenap negara-negara Islam supaya bergabung di dalam jema'ah Islam di bawah pimpinan negara lslam yang sejagat atau negara internasional Islam (daulah Islamiyyah Alamiyyah ).

3. Harakah Sayyid Jamaluddin tidak aman dan tidak selarnat dari tentangan. Dia diperangi dengan peperangan yang dahsyat oleh Khardewi Taufiq (pemerintahan Mesir). Kesudahannya Jamaluddin diusir dari Mesir pada tahun 1871 setelah dia berjaya membentuk pandangan umum yang memberontak dan satu madrasah yang mempercayai kebenaran dan membangunkannya.

Di antara murid-murid madrasah Jamaiuddin ialah Imam Syeikh Muhammad 'Abduh. Dia telah ditangkap oleh pihak berkuasa di Mesir tidak lama setelah Sayyid Jamaluddin diusir dari sana. Muhammad 'Abduh ditangkap kerana dituduh berusaha mengulingkan pemerintah. Kemudian dia diusir dari Mesir lalu dia menyertai perjuangan gurunya Sayyid Jamaluddin di Paris.

Di antara murid madrasah Jamaluddin al Afghani ialah Imam Sayyid Rasyid Redza. Dia mendukung da'wah Islam dan bendera jihad di jalan Islam selama empat puluh tahun yang bersarnbung-sambung halaqahnya (memberi) kuliah. Peranannya ini telah mendorong Syaqib Arsalani berkata:


Sesungguhnya semenjak diturunkan wahyu kepada Muhammad, ayat : “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan”, sehingga zaman kita ini dan semenjak terbuktinya ummah Muhammadiah telah muncul beberapa cendiakawan daro Amat ini, iaitu Umara, Ulama’ , panglima-panglima, hukama' (orang-orang bijaksana), pendukung pedang dan qalam, (pena) dan beberapa banyak 'ubqariiyin (orang bijak) orang masyhur dan pemimpin-pemimpin yang agung. sama ada bilangan mereka itu sedikit atau bangak (di dalam satu masa, Sayyid Rasyid Redha adalah salah seorang yang terkemuka di kalangan mereka itu. Tidak mungkin tertulis sejarah Islam menurut rupa yang sahih dan sejarah hidup tiap-tiap bintang Islam, (pendukung bendera Islam) degan tulisan yang benar (yang layak kepadanya) tanpa adanya Sahibul-Manar (yang menulis Tafsir al Manar) Sayyia Rasyid Redha. Di dalamnya rnempunyai makam yang mulia dan keterangan yang cemerlang. Keterbelakangannya di dalarn zaman tidak ada pula menunjukkan keterbelakangannya di dalam darjat”.

Satu perkara yang rnenakjubkan di dalam hidup Jamaluddin Al Afghani di mana dia pernah menganggotai gerakan masuniyah (freemason) dan membentuk perhimpunan masuniyah di Mesir. Akan tetapi perhimpunan ini (sebagaimana yang dikatakan) jauh dari kekuasaan perhimpunan masuniyah Barat.

thanks to Dr kamarulzaman yang memberikan tugasan ini menterjemahkan teks arab tentang haraki islam

0 comments:

 

::....mEngGapAiRidhAiLaHi..::: hanya sebuah coretan kecil dari berlembar-lembar cerita yang kulalui Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template